Saturday 29 March 2014

Surat-Surat Pekeliling berkaitan PPDa

  1. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 3 / 2004 : Memperkasakan Pendidikan Pencegahan Dadah di Sekolah.
  2. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 6 / 2006 : Menangani masalah kesihatan.
  3. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 2 / 1979 : Laporan murid-murid dalam keadaan risiko Penyalahgunaan Dadah yang memerlukan pertolongan.
  4. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 8 / 1986 : Penyalahgunaan inhalan
  5. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 4 / 1997 : Hukuman ke atas murid menghisap rokok.
  6. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 3 / 2004 : Langkah-langkah keberkesanan Disiplin Sekolah.
  7. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 1 / 1995 : Program Mencegah dan Membasmi kegiatan penagih dadah di agensi kerajaan.
  8. Surat Pekeliling Perkhidmatan bil 310 / 1984 : Peraturan dan tindakan ke atas pegawai dan kakitangan kerajaan yang terlibat dengan penagihan dadah.
  9. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 8 / 1983 : Mengenakan hukuman biasa murid-murid yang melakukan perbuatan salahlaku yang tidak dinyatakan dalam peraturan pelajaran.
  10. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 1 / 1983 : Garis panduan kempen anti merokok di sekolah.
  11. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 7 / 1995 : Petikan dari akta dadah berbahaya.
  12. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 7 / 1975 : Garis panduan untuk mengenai/mengecam orang yang menggunakan atau menyalahgunakan dadah.
  13. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 6A / 1975 : Disiplin murid-murid menghisap rokok

Wednesday 26 March 2014

Selamat Menyambut Hari Polis Tahun 2014



Selamat Menyambut Hari Polis Tahun 2014

daripada

Warga PPDa
Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu

25 Mac 2014

Monday 24 March 2014

Mengenai PPDa

Penyataan Dasar

Dasar Pendidikan Pencegahan Dadah, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian adalah dasar mengenai keperluan murid, guru, kakitangan dan ibu bapa untuk menerima pendidikan pencegahan dadah bagi memastikan institusi pendidikan bebas dadah yang merupakan salah satu objektif Dasar Dadah Negara.  Dasar ini dilaksanakan melalui empat pendekatan utama iaitu pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembentukan sahsiah.

Visi

Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012, Negara Bebas Dadah Tahun 2015

Misi

Melahirkan pelajar bebas dadah melalui pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) yang mantap dan berkesan dalam mempastikan sekolah bebas dari dadah.

Matlamat

Matlamat Pendidikan Pencegahan dadah di Sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran “Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012”.

Fungsi

  • Pendidikan Pencegahan Awalan untuk rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV/Aids.
  • Pengurusan Program Intervensi untuk murid yang berisiko dan terlibat mencuba rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV-Aids.
  • Pengurusan Data, Penyelidikan, Dokumentasi dan Publisiti berkaitan PPDa.
  • Pengurusan Hubungan Luar