Penyataan Dasar
Dasar
Pendidikan Pencegahan Dadah, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian adalah dasar
mengenai keperluan murid, guru, kakitangan dan ibu bapa untuk menerima
pendidikan pencegahan dadah bagi memastikan institusi pendidikan bebas dadah
yang merupakan salah satu objektif Dasar Dadah Negara. Dasar ini dilaksanakan melalui empat
pendekatan utama iaitu pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan
pembentukan sahsiah.
Visi
Sekolah
Bebas Dadah Tahun 2012, Negara Bebas Dadah Tahun 2015
Misi
Melahirkan
pelajar bebas dadah melalui pelaksanaan Program
Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) yang mantap dan berkesan dalam
mempastikan sekolah bebas dari dadah.
Matlamat
Matlamat
Pendidikan Pencegahan dadah di Sekolah ialah untuk memberi pengetahuan,
kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa
agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan
sasaran “Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012”.
Fungsi
- Pendidikan Pencegahan Awalan untuk rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV/Aids.
- Pengurusan Program Intervensi untuk murid yang berisiko dan terlibat mencuba rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV-Aids.
- Pengurusan Data, Penyelidikan, Dokumentasi dan Publisiti berkaitan PPDa.
- Pengurusan Hubungan Luar
No comments:
Post a Comment